Tarikh/
Hari :
18.04.12
Masa : 10:35 – 11:05 (30 minit)
Kelas :
5
Bil.
Pelajar : 9
M/ Pel : Matematik
Tajuk :
Masa
Sub
topik : Menukarkan masa dalam bentuk pecahan dan
perpuluhan
daripada
minit kepada saat.
Objektif :
Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat
1. Menyatakan cara menukarkan minit dalam bentuk
pecahan kepada saat..
2. Menyatakan cara menukarkan minit dalam bentuk
perpuluhan kepada saat.
3. Menunjukkan cara yang betul menukarkan minit dalam
bentuk pecahan kepada saat.
4. Menunjukkan cara yang betul menukarkan minit dalam
bentuk pecahan kepada saat.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah
mempelajari cara mendarabkan
pecahan
dengan nombor bulat dan mendarabkan nober
perpuluhan dengan nombor bulat.
Konsep : 1 minit
bersamaan dengan 60 saat. ½ minit bersamaan
dengan 60 saat.
Bahan : Lembaran kerja
Nilai : Hormat, ketepatan, keyakinan, menemati masa
dan
sistematik
Kemahiran : Menjana idea,
perbincangan, soal jawab
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
(± 5 min)
|
Soal jawab
Guru:
daripada 10 =
berapa?
daripada 40 =
berapa?
Murid 1:
daripada
10
sama dengan separuh daripada
10. Untuk mendapat, kita perlu bahagikan 10 dengan 2, maka jawapan
daripada
10
ialah 5.
Guru:
Bagus,
Murid 2:
daripada 40
sama dengan separuh daripada
40. Untuk mendapat
daripada 40, kita
perlu bahagikan 40 dengan 2,
maka jawapan
daripada 40 ialah
20.
Guru:
Bagus.
Guru:
0.2 daripada 10 sama dengan
berapa?
Murid 3:
0.2 daripada 10 sama dengan
0.2 x 10 = 2
Guru:
Bagus.
Guru:
0.25 daripada 50 sama dengan
berapa?
Murid 3:
0.25 daripada 50 sama dengan
0.25 x 40 = 10
Guru:
Bagus.
Guru:
Murid-murid topik yang akan
kita pelajari hari ini ialah menukarkan masa dalam bentuk pecahan dan
perpuluhan daripada minit kepada saat.
|
1. Guru mengulang kaji kemahiran pendaraban
pecahan wajar dengan nombor bulat dengan mengemukakan 2 soalan.
2. Guru meminta murid seorang demi seorang tampil ke depan
untuk menjelaskan cara menyelesaikan soalan yang dikemukakan.
3. Guru mengulang kaji kemahiran pendaraban nombor
perpuluhan dengan nombor bulat dengan mengemukakan 2 soalan.
4. Guru meminta
murid seorang demi seorang tampil ke depan untuk menunjukkan cara
menyelesaikan soalan yang dikemukakan
5. Guru memberitahu murid topik pembelajaran pada hari ini.
|
1. Murid ulang kaji kemahiran pendaraban pecahan
wajar dengan nombor bulat dengan mendengar soalan yang guru kemukakan.
2. Murid yang dipilih tampil ke depan seorang demi
seorang dan menjelaskan cara untuk menyelesaikan soalan.
3. Murid ulang kaji kemahiran pendaraban nombor
perpuluhan dengan nombor bulat dengan mendengar soalan yang guru kemukakan.
4. Murid yang dipilih tampil ke depan seorang demi
seorang dan menunjukkan cara untuk menyelesaikan soalan.
.
|
Kemahi-ran:
Menjana idea
Kaedah: soal jawab
Nilai:
Hormat, keyakinan
|
Langkah 1
(± 6 min)
|
Penerangan konsep
1 minit = 60 saat
Guru:
minit sama
dengan berapa saat?
minit
= saat
= saat
= 45 saat
minit sama
dengan berapa saat?
minit
= saat
= saat
= 12 saat
0.6 minit = ___saat
0.6 minit
= 0.6 x 60saat
= 36 saat
0.25 minit = __saat
0.25 minit
= 0.25 x 60 saat
= 15 saat
Cuba kamu
perhatikan sebenarnya bentuk dalam pertukaran minit kepada saat adalah sama
dengan kemahiran pendaraban pecahan wajar dan pendaraban nombor perpuluhan.
Cuma yang berlainan
ialah kita perlu ingat
1 minit = 60 saat
|
1. Guru
menerangkan konsep pertukaran minit
kepada saat.
2. Guru
menunjukkan murid cara menukarkan
minit kepada saat dalam bentuk pecahan dan nombor perpuluhan dengan
menghubungkait soalan di set induksi..
|
1. Murid mendengar penerangan konsep guru dan menjawab
soalan guru dengan menghubungkait-kan soalan yang dikemukan di set induksi.
2. Murid
meneliti cara kerja yang guru tunjukkan dengan teliti.
|
Kemahi-ran:
-
Menjana idea
-
Menghu-bungkait-kan
Kaedah:
-
Soal jawab
-
Penera-ngan
Nilai:
Hormat,
yakin, ketepatan
|
Langkah 2
(± 7 min)
|
Latihan
Tukarkan minit kepada saat
minit =
minit =
0.4
minit =
0.7
minit =
|
1. Guru
menuliskan bebertapa latihan di papan hitam.
2.
Guru meminta beberapa orang murid
tampil ke depan menyelesaikan latihan.
3.
Guru membuat penyemakan jawapan
bersama murid-murid.
4.
Guru memberi penerangan segera jika
berlaku kesalahan dalam pengiraan.
|
1. Murid
meneliti soalan yang guru tuliskan pada papan hitam.
2. Murid
yang dipilih tampil ke depan menyiapkan latihan.
3. Murid
dan guru sama-sama menyemak jawapan yang telah siap.
4. Murid-murid
yang salah pengiraan akan ke depan untuk membetulkan pengiraan.
|
Kemahi-ran:
Menjana idea
Kaedah: penera-ngan, latihan
Nilai:
Hormat,
yakin, sistematik
|
Langkah 3
(± 9 min)
|
(Lampiran 1)
|
1. Guru
mengedarkan lembaran kerja dan minta murid siapkan dalam masa 5 minit.
2. Guru
membincangkan jawapan yang disiapkan oleh murid.
|
1. Murid
menyiapkan lembaran kerja yang cikgu edarkan dalam masa 7 minit.
2. Murid
bergilir-gilir memberikan jawapan pada lembaran kerja.
|
Kemahi-ran : Perbincan-gan
Alat bantu mengajar:
Lembaran kerja
Nilai:
Menepati masa, yakin,
sistematik
|
Penutup
(± 3 mint)
|
Soal jawab:
Guru
Apakah yang kamu mempelajari
pada hari ini?
Murid
Menukarkan minit dalam bentuk
pecahan wajar dan nombor perpuluhan kepada saat.
Guru
Bolehkah kamu menyatakan
konsep yang guru terapkan tadi?
Murid-murid:
Ya. 1 minit = 60 saat.
|
1. Guru menyoal murid tentang pembelajaran hari
ini.
|
1. Murid menjawab soalan yang guru kemukakan.
|
Kemahi-ran:
Soal jawab
|
Tahniah!Satu perkongsian maklumat yang menarik.Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi maklumat dengan kita.
ReplyDeleteBlog yang bagus!
ReplyDeleteBlog yang menarik。
ReplyDeletesyabas, teruskan usaha anda!
ReplyDelete